This blog will be the reflection of my everyday life in which i mainly dream, think and plan about my stitching projects...(oh..not really!) Thus, i dedicate this blog to all my wonderful stitching friends out there...
Monday, May 18, 2009
Tuhan Lebih Sayang Pada Nya...
Assalaamulaikum
Kawan-kawan dan teman-teman semua, terlebih dahulu kakda meminta maaf kerana tidak menjawap pertanyaan melalui sms, emails maupun di shotbox kakda tu...
Hari sabtu lepas kakda mendapat tahu bahawa adik bongsu kakda, Dek telah terlibat dalam kemalangan jalanraya... kakda yng paling awal sampai di hospital... dia terbaring di katil...koma... bernafas cuma dengan bantuan mesin .... sedih sungguh melihat dia begitu...
Bila doktor yg bertugas datang dan memberitahu keadaannya yang sebenar...lemah segala anggota badan ini... terus terduduk di situ...
Paling2 menyayat hati apabila apabila doktor memberitahu kedua ibubapa kakda yang Dek tak dapat diselamatkan dan akan meninggalkan kami bila bila2 masa saja...
Kesiannya pada Mama dan Baba...hancurnya hati mereka....hanya Allah yang tahu...
Akhirnya Dek telah meninggalkan kami buat selama-lamanya pada malam Ahad itu juga...
Hari itu Hari Ibu...
Siapa sangka dalam keluarga kami ini ...Dek yang paling awal menemui Allah... kakda anak yang sulong dan dia anak yang bongsu... umurnya baru 22 tahun... umur Baba kakda sudah 83 tahun...dan Mama pula 63 tahun...
Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk seseorang sama ada hidup atau matinya....
Kesedihan yang keluarga kami rasakan sangat dalam...impak dari kehilangan dia sangat besar kepada kami... barulah kakda tahu bagaimana rasanya .... amat perit...
Bagaimanapun kami sangat bersyukur kepada Allah kerana Baba dan Mama masih ada untuk memimpin kami hingga ke saat ini...
Kalau boleh kakda tidak mahu menceritakan kisah sedih ini di sini... sebolehnya kakda ingin berdiam sahaja... bercuti dan duduk bersama ibubapa kakda di kampung ...merawat hati sambil menemani Mama selama yang boleh... tapi kakda ada banyak tanggungjawap di sini...
Kepada kawan-kawan yang menghantar ucapan takziah dan kata-kata perangsang pada kakda...jutaan terima kasih dari kakda.....
Untuk Dek yang dikasihi lagi dirindui...kaklong doakan semoga Allah ampunkan segala dosa-dosanya....dan tempatkan dia bersama para syuhadah dan semoga Rohnya dirahmati Allah sentiasa...
Al Fatihah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Takziah, semoga kakda dan keluarga tabah hati di atas ujian ALLAH...ALLAH lebih menyayangi Dek...semoga arwah ditempatkan berserta org2 yg beriman dan beramal soleh....alfatihah!
Takziah buat kakda n family, Allah lebih sayangkan dia dan apa yang telah di tentukan itu adalah yang terbaik buat dia. Moga allah mengampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..alfatihah.
Takziah buat Da & family. Alfatihah.
Terima kasih Zu, Sal dan Kak Reen atas ucapan takziah...terima kasih juga kerana mendoakan yang baik-baik untuk adek kakda...amin.
Takziah buat Da sekeluarga. Very, very sorry to hear about your loss. Semoga Da tabah menghadapi dugaan ini. InsyaAllah arwah ditempatkan bersama2 orang yg beriman...
Alfatihah.
Takziah buat kakDa and family..yeah allah lebih sayangkan dia. Memang perit bila kita kehilangan orang yang kita sayangi...semoda rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org yg soleh.
Kak Ros...thank you very much for the kind words and the prayer... i really appreciate it...tq
terima kasih Anna... atas ingatan pd kakda dan doa pada arwah adek kakda....amin.
salam kak da..
Maaf sbb lambat ucapkan takziah (lama hibernate).
Semoga kak da n famili tabah dgn ujian ini. Juga semoga adik kak da ditempatkan bersama org2 beriman.
Alfatihah.
Take care ya kak da..
salam dear...
terima kasih...amat bermakna bg kakda ucapan Ainy itu... walaupun jauh terasa mcm kawan2 kakda ada bersama...muahs..
Takziah buat kak da. i;ve been into the same situation last year.Koma then ...... memang sangat sangat sedih.
Semoga Allah tempatkan arwah adik kak da and my brother dikalangan orang2 yang beriman.Amin
sabar, and teman ur parent.
Post a Comment