Dear All...Friends and Customers...
I will be away in June, therefore i am sorry to announced that:
1) Tempahan Telah Ditutup buat masa ini...(May 2009 and June 2009)
2) Segala urusniaga pun diberhentikan dulu...(No readymades available at the moment)
3) Segala urusniaga akan berjalan seperti biasa bila kakda balik ke sini nanti... di hujung bulan June 2009...Insya Allah.
This blog will be the reflection of my everyday life in which i mainly dream, think and plan about my stitching projects...(oh..not really!) Thus, i dedicate this blog to all my wonderful stitching friends out there...
Wednesday, May 20, 2009
Monday, May 18, 2009
Tuhan Lebih Sayang Pada Nya...
Assalaamulaikum
Kawan-kawan dan teman-teman semua, terlebih dahulu kakda meminta maaf kerana tidak menjawap pertanyaan melalui sms, emails maupun di shotbox kakda tu...
Hari sabtu lepas kakda mendapat tahu bahawa adik bongsu kakda, Dek telah terlibat dalam kemalangan jalanraya... kakda yng paling awal sampai di hospital... dia terbaring di katil...koma... bernafas cuma dengan bantuan mesin .... sedih sungguh melihat dia begitu...
Bila doktor yg bertugas datang dan memberitahu keadaannya yang sebenar...lemah segala anggota badan ini... terus terduduk di situ...
Paling2 menyayat hati apabila apabila doktor memberitahu kedua ibubapa kakda yang Dek tak dapat diselamatkan dan akan meninggalkan kami bila bila2 masa saja...
Kesiannya pada Mama dan Baba...hancurnya hati mereka....hanya Allah yang tahu...
Akhirnya Dek telah meninggalkan kami buat selama-lamanya pada malam Ahad itu juga...
Hari itu Hari Ibu...
Siapa sangka dalam keluarga kami ini ...Dek yang paling awal menemui Allah... kakda anak yang sulong dan dia anak yang bongsu... umurnya baru 22 tahun... umur Baba kakda sudah 83 tahun...dan Mama pula 63 tahun...
Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk seseorang sama ada hidup atau matinya....
Kesedihan yang keluarga kami rasakan sangat dalam...impak dari kehilangan dia sangat besar kepada kami... barulah kakda tahu bagaimana rasanya .... amat perit...
Bagaimanapun kami sangat bersyukur kepada Allah kerana Baba dan Mama masih ada untuk memimpin kami hingga ke saat ini...
Kalau boleh kakda tidak mahu menceritakan kisah sedih ini di sini... sebolehnya kakda ingin berdiam sahaja... bercuti dan duduk bersama ibubapa kakda di kampung ...merawat hati sambil menemani Mama selama yang boleh... tapi kakda ada banyak tanggungjawap di sini...
Kepada kawan-kawan yang menghantar ucapan takziah dan kata-kata perangsang pada kakda...jutaan terima kasih dari kakda.....
Untuk Dek yang dikasihi lagi dirindui...kaklong doakan semoga Allah ampunkan segala dosa-dosanya....dan tempatkan dia bersama para syuhadah dan semoga Rohnya dirahmati Allah sentiasa...
Al Fatihah....
Subscribe to:
Posts (Atom)